ARUNA TAKIERA BLOG

Hi...Annyong...Welcome to blog Aruna Takiera!!! Blog ni adalah blog untuk Aruna berkongsi resepi...Sekiranya korunx nak share resepi dengan Aruna sila ikuti Aruna di laman facebook

Aruna Takiera Recipe (Eyka)


Selamat mencuba resepi2 dari Aruna....

Friday, 22 February 2013

Resepi Puding Caremel

                     Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog AruNa Takiera...
       Hari nie aruna nak share satu   resipi baru yang Aruna baru je pelajari iaitu resepi puding caremel...
  Sedap taw puding caremel nie...rasa dia manis.....Resepi puding caremel nie senang je nak buat...Tak susah    pun...korunx pun boleh try buat...Nie Aruna ada share resipi puding caremel kat bawah nie untuk korunx yang nak masak dan yang baru belajar nak masak.....Rugi tau kalau korung tak cuba sebab nak buat dia mudah sangat.....

Bahan2:-

1. Telur ayam 4 biji
2. Kuning telur 2 biji
3. Susu tin cair 400 ml/gm 
4. Gula Halus 5 sudu besar (kalau nak manis jadikan 7 sudu besar)
5. 7 sudu besar gula kasar

Cara2:-

1 Panaskan kuali.Masukkan 7 sudu besar gula kasar ke dalam kuali dan kacaukan sehingga cair...masukkan 2/3 sudu besar air kosong ke dalam gula yang dikacau tadi...Kacau sehingga gula tadi kekuningan...Tuangkan gula yang telah cair kekuningan tadi ke dalam loyang dan ketepikan.

2.Masukkan 4 biji telur ayam dan dua biji telur kuning ke dalam mangkuk...Kacaukan dan jangan sampai terlampau banyak buih...Kemudian masukkan 5 sudu besar gula halus sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan ketepikan.

3.Panaskan 400 ml/gm susu tin cair ke dalam kuali...Biarkan selama 5-8 minit...Jangan masak terlalu lama...Ketepikan...

4.Campurkan adunan telur yang dikacau dengan susu cair yang telah dimasak tadi...Kacaukan sehingga sebati.

5.Ambil loyang yang mengandungi gula kekuningan tadi dan tuangkan campuran adunan telur dan susu cair ke dalam loyang...Masukkan loyang ke dalam oven dan panaskan selama 30-45 minit...Siap dan sedia dihidangkan...



                                   Nie yang Aruna buat sendiri kat rumah...Amacam nampak sedap kan...

Renung2kan dan selamat memasak.... 

Selamat mencoba!!!!

No comments:

Post a Comment