Oke hari ni Aruna ada nak share dengan korunx semua cara membuat DURIAN CREPES...Selalu korunx beli kat luar je kan...makan pun rasa tak puas...Sekarang senang korunx boleh buat sendiri je kat rumah...Oke la Aruna tak nak cakap panjang so sila lah coba resipi DURIAN CREPES ni...
Bahan2 ( 30 bantal ) :-
1. 250 gm tepung gandum
2. 2 biji telur
3. 500ml santan
4. 1/2 sudu teh garam
5. Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling**
1. 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental
2. Isi Durian yg telah dilenyek (saya tak tahu nak agak tapi rasanya dalam 2 biji durian bukan 2 ulas ye!!!)
Cara2:-
1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis.
2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil.
3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk.
4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Renung-renungkan dan selamat memasak....
Selamat mencoba!!!
No comments:
Post a Comment