Hi...Annyong...Welcome to blog Aruna Takiera!!! Blog ni adalah blog untuk Aruna berkongsi resepi...Sekiranya korunx nak share resepi dengan Aruna sila ikuti Aruna di laman facebook
Aruna Takiera Recipe (Eyka)
Selamat mencuba resepi2 dari Aruna....
Wednesday, 6 March 2013
Resepi Kuih Dorayaki Doraemon Oke hari ni aruna nak share satu lagi resepi terkenal dlm anime atau kartun terkenal dari jepun iaitu resepi kuih Dorayaki yang doraemon suka makan tu...mudah dan simple je resepi ni..Selalu korunx beli kan...sekarang dah ade resepi korunx try la buat...Sedap tau kuih dorayaki ni...Tambah inti kacang merah...pergh terliur aku...ekekeke...Korunx boleh jugak pakai jem coklat ke strawberi ke tak pun letak je ice cream dalam tu... Bahan-bahan ( 10 biji ) 100gm tepung kek atau tepung gandum 1 sudu kecil baking soda 60gm gula halus 2 sudu besar madu 2 biji telur ½ sudu besar minyak masak ½ sudu kecil esen vanilla Inti:1½ cawan kacang merah yg manis Cara-cara
1. Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan baking soda yg telah diayak ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik. Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan terlalu pekat.
4. Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan) dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan atau 1 senduk adunan dan buat bulatan.
5. Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang, masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
6. Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah sekeping pan-cake, tutup dgn satu keping pan-cake. Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah.
#Tadaa...anda juga boleh tukar inti lain sekiranya anda tidak mengemari ini kacang merah...Anda boleh cuba inti coklat (nutella ) atau ice cream.. dah siap anda boleh potong atau hidang terus mengikut citarasa anda... Selamat mencuba ye...hhehe...
Hai dan salam...Hari ni aruna malas dah nak tulis panjang2,,,So untuk resepi hari nie aruna nak share resepi cara2 membuat Kek Butter Cheese...Sedap taw kek ni...Korang mesti try buat kek ni kat rumah...Mari kita lihat kat bawah ni apa bahan2 yang diperlukan dan cara2 memasakkanya....Oke selamat mencuba!!!
Resepi Kek Butter Chesse
Bahan-bahan ( 1 biji kek ) 1. 160g butter 2. 100g cream cheese 3. 200g gula kastor 4. 5 biji telur (gred A) 5. 210g tepung naik sendiri (blue key) Cara-cara 1. Panaskan oven 170 degree C...sediakan loyang sapu mentega dan alas. Ketepikan. 2. Masukan butter, cream cheese dan gula dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang. 3. Kemudian masukkan telur kuning satu per satu dan selebihnya telur putih ke dalam adunan tadi. 4. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri ke dalam adunan. Kacau rata. Masukkan ke dalam loyang. Bakar selama 45minit.Hasilnye dapatlah Butter Cheese Cake yang gebu.
#Aruna hias kek Aruna pakai butter cream nak cantikkan lagi...Anda juga boleh hiaskan kek anda dengan butter cream atau coklat cair...ikut kreativiti masing2...Senang je kan...:) Selamat mencuba!!!!
Salam sejahtera dan salam 1 malaysia...Oke hari ni aruna nak share satu resepi mudah dan ringkas dengan semua penatap blog Aruna.Resepi ni sangat mudah dan sesuai dimakan pada bila2 masa pada waktu snek dan terutamanya pada hari raya...Kebanyakkan mesti banyak yang menggemari cornflakes kan???...hari ni resepi akiera adalah biskut Cornflakes Madu...Aruna tahu ramai yang dah reti buat benda nie sebab mudah je nak siapkan Cornflakes Madu ni...Tapi Aruna tetap nak share jugak dengan korang resepi ni terutama untuk yang tak tahu lagi cara nak buat Cornflakes Madu dan yang baru belajar nak masak...So what are you waiting for??? You must to try this recipe...It so sweet , crunchy and tasty... Biskut Cornflakes Madu
Bahan-Bahan:- 1. 1 kotak cornflakes cereal 2. 8 sudu besar madu 3. 3/4 cawan butter/butercup 4. 1 cawan kismin/mixfruit
Cara2:-
1.Panaskan butter ke dalam kuali sehingga cair.Ketepikan.
2.Tuangkan cornflakes cereal ke dalam mangkuk yang besar.Masukkan 8 sudu madu , butter cair yang telah dimasak dan 1 cawan kismis/mixfruit ke dalam mangkuk.Gaulkan sehingga sebati.
3.Panaskan oven pada suhu 150 degree/celcius...Susunkan paper cup besaiz kecil ke atas dulang pembakar.Kemudian,cedok dan sendukkan cornflake madu ke dalam paper cup menggunakan sudu.Bakarkan selama 5 minit...
#Tadaa....dah siap...senangkan...tiap2 hari raya mesti aruna buat Cornflakes Madu ni...Biskut cornflake madu ni sedap , rangup dan mudah dibuat.
Hari ni Aruna nak share satu lagi resepi mudah untuk rakan Blogger Aruna yang nak memasak dan baru belajar nak masak...Resepi hari ini adalah resepi kek pisang...Mudah sangat nak buat dia dan tak pelu banyak sangat bahan nak buat kek pisang ni...kek ni juga sedap tau...Oke la x tak perlu aruna cakap panjang lebar...so lihat dan try lah resepi kat bawah ni.... Bahan-bahan ( saiz biasa ) 1.7 biji pisang emas/berangan 2. 1 cawan minyak masak 3. 2 sudu kecil soda bikarbonat 4. 5 biji telur 5. 2 cawan gula halus 6. 1 1/2 sudu kecil esen vanilla 7. 3 cawan gandum
Cara-cara
1. Blender kan pisang, minyak dan soda bikarbonat sampai lumat. Gunakan mixer untuk pukul telur dan gula. Masukkan bersama esen vanilla (boleh juga di blend).
2. Masukkan pisang yang telah di blend ke dalam bancuhan telur dan gula .
3. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga rata.
4. Masukkan dalam acuan. Bakar selama 25-35 minit, suhu 180 Celcus/degree.
Bahan2:- 1. Roti keping 6 keping ( saya pakai roti gardenia sebab lembut ) 2. Telur 2 biji 3. 150 gm oat 4. 6 batang sosej yang telah digoreng/direbus 5. 6 keping Cheese 6. Sedikit garam Cara2:-
1.Masukkan 1/4 sudu garam ke dalam 2 biji telur yang telah dipecahkan dan kacaukan.Celupkan satu persatu roti gardenia ke dalam telur...Kemudian celupkan pula ke dalam oat.Panaskan minyak.Jangan gunakan terlalu banyak minyak.Kemudian gorengkan roti yang telah dicelup kedalm telur dan oat tadi satu persatu.Goreng sehingga rangup kekuningan...
2. Ambil sekeping roti yang telah digoreng tadi , letakkan cheese keping diatasnya dan letakkan bersama sebatang sosej.Kemudian ,gulungkan.Ulang langkah tersebut sehingga selesai.Siap untuk dihidangkan.... #anda juga boleh hidangkan bersama sos dan mayonis untuk rasa yang lebih mengancam.
Oke hari ni Aruna ada nak share dengan korunx semua cara membuat DURIAN CREPES...Selalu korunx beli kat luar je kan...makan pun rasa tak puas...Sekarang senang korunx boleh buat sendiri je kat rumah...Oke la Aruna tak nak cakap panjang so sila lah coba resipi DURIAN CREPES ni... Bahan2 ( 30 bantal ) :-
1. 250 gm tepung gandum 2. 2 biji telur 3. 500ml santan 4. 1/2 sudu teh garam 5. Pewarna (ikut suka nak warna apa. saya selalu buat warna hijau&kuning telur)
Filling** 1. 1 cawan Non Dairy Whipping Creme yang sudah dipukul kental 2. Isi Durian yg telah dilenyek (saya tak tahu nak agak tapi rasanya dalam 2 biji durian bukan 2 ulas ye!!!)
Cara2:-
1. Campur semua bahan kemudian blender dan tapis. 2. Panaskan non-stik pan dengan api yang kecil. 3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan hingga menjadi crepe. (tak perlu terbalikkan dan biarkan permukaan atas kering. Angkat dan biarkan sejuk. 4. Bentangkan sekeping crepe dan letakkan whipping cream ditengah-tengah,lapis dengan isi durian, tutup semula dengan whipping cream. Akhir sekali lipat dan simpan didalam peti sejuk.
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog AruNa Takiera... Hari nie aruna nak share satu resipi baru yang Aruna baru je pelajari iaitu resepi puding caremel... Sedap taw puding caremel nie...rasa dia manis.....Resepi puding caremel nie senang je nak buat...Tak susah pun...korunx pun boleh try buat...Nie Aruna ada share resipi puding caremel kat bawah nie untuk korunx yang nak masak dan yang baru belajar nak masak.....Rugi tau kalau korung tak cuba sebab nak buat dia mudah sangat.....
1 Panaskan kuali.Masukkan 7 sudu besar gula kasar ke dalam kuali dan kacaukan sehingga cair...masukkan 2/3 sudu besar air kosong ke dalam gula yang dikacau tadi...Kacau sehingga gula tadi kekuningan...Tuangkan gula yang telah cair kekuningan tadi ke dalam loyang dan ketepikan.
2.Masukkan 4 biji telur ayam dan dua biji telur kuning ke dalam mangkuk...Kacaukan dan jangan sampai terlampau banyak buih...Kemudian masukkan 5 sudu besar gula halus sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur dan ketepikan.
3.Panaskan 400 ml/gm susu tin cair ke dalam kuali...Biarkan selama 5-8 minit...Jangan masak terlalu lama...Ketepikan...
4.Campurkan adunan telur yang dikacau dengan susu cair yang telah dimasak tadi...Kacaukan sehingga sebati.
5.Ambil loyang yang mengandungi gula kekuningan tadi dan tuangkan campuran adunan telur dan susu cair ke dalam loyang...Masukkan loyang ke dalam oven dan panaskan selama 30-45 minit...Siap dan sedia dihidangkan...
Nie yang Aruna buat sendiri kat rumah...Amacam nampak sedap kan...
Renung2kan dan selamat memasak.... Selamat mencoba!!!!